Pagi itu Ida rasa sangat seronok. Mungkin kerana malam tadi. Apa yang Kamal buat pada dia sungguh menyenangkan Ida. Dalam kereta disebalik pokok yang terselindung, disitulah mereka bermadu kasih. Mungkin bukan selau, tetapi perjumpaan yang jarang berlaku itulah mengeratkan lagi cinta mereka.
"kemana kau pergi semalam Kamal? Mak rasa kau tak balik kerumah malam semalam." Pn Salmah seperti biasa melemparkan soalan yang sama hampir setiap pagi. Jika Kamal ada atau tiada di rumah, itu juga soalan yang akan ditanya. Pada pn Salmah, Kamal masih muda remaja dan harus diperhatikan setiap masa. Namun pada Kamal, dia rasa dirinya sudah boleh memegang tanggungjawab. Manakan tidak? Umurnya hampir menjagkau 29 tahun.
Soalan itu dibiarkan tidak berjawab. Kamal tahu yang ibunya juga tiada di rumah semalaman. Dia hanya tanyakan soalan itu seolah membuatkan dia seorang ibu yang bertanggungjawab. "hmmm..." balas Kamal seperti acuh tidak acuh.
Kamal sudah tidak mahu sebegini sampai bila-bila, dia mahu berubah. Dia mahu hidup berdikari. Namun ibunya masih membuat dia seperi anak-anak kecil. Kamal faham, semenjak ketiadaan ayah, ibu keseorangan. Tetapi itu bukan alasan untuk membiarkan Kamal seperti budak bawah umur lagi.
Setiap kali perkara ini dibahaskan, pastinya ibu akan mengunakan air matanya sebagai 'senjata' melemahkan Kamal. Kamal pun sudah tidak tahu bagaimana masalah ini harus berakhir. Cara yang paling mudah, biarkan takdir menentukan.
Kehidupan keluarga ini tidaklah seperti keluarga lain. Walaupun mereka keluarga yang berada, tetapi Pn Salmah jarang bergaul dengan orang kebanyakan. Dia lebih suka menghabiskan masa dirumah. Besama koleksi piring hitamnya. Katanya banyak memori tersingkap dalam piring hitam tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment